Tuesday, May 22, 2012

HIPOKRITNYA MANUSIA


 Pernahkah anda terfikir betapa hiprokitnya manusia ini? Dah diberi segala mcm tapi inilah yang dikatakan manusia. Sombong, bongkak, berlagak......tak pernah nak kenal erti bersyukur. Apabila seseorang itu menyatakan bahawa "Aku tiada apa2 lagi di bumi ini!!!"Adakah benda itu benar? Semestinya TIDAK!! Kenapa? Sebab kita ini sentiasa dikelilingi oleh alam tumbuhan, di atas kita ada langit yang membiru manakala di bawah kita pula ada bumi yang nyata. Semua benda ini dijadikan khas untuk manusia. MANUSIA YANG TAK KENAL ERTI KESYUKURAN. 


        Contoh yang paling mudah - pelajar. Apabila nak exam, masa tulah beria solat tahajud, witir, tasbih, taubat dan mcm2 lagi. Baca Yasin setiap hari tanpa jemu, berdoa sambil menangis teresak2 supaya berjaya dalam SPM atau PMR atau ujian kelayakan masuk Universiti atau periksa lepasan asasi. Kerana takut pada satu perkataan - KEGAGALAN. Lepas dah dpt semua yang diidamkan?? Hilang menyepi begitu saja.....meninggalkan Dia yang telah memakbulkan doa hamba2Nya yang merayu menangis2 setiap malam hanya utk berjaya dalam satu peperiksaan yang tidak membawa erti apa2 utk dunia akhirat. Adakah anda salah seorang daripada mereka ini?


"Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya, dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu......."
(39:8)

         Allah S.W.T. sendiri dah menyatakn perkara ini. Jadi, kenapa masih kita nak menafikan lagi yang kita semua sebenarnya pernah dan telah buat bnda2 seperti ini?? Namun Allah S.W.T. sentiasa mengampuni kita kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Malahan, Dia bantu lagi kita apabila kita ditimpa kekesalan, kekecewaan.

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya *kecuali dosa2 org yang syirik*. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(39:53)
http://img.tebyan.net/big/1389/12/14147991194623911789240295028104104229187.jpg 
Cuba bayangkan....
Kalau kita berhutang dengan along, confirm2 along tu akan cari kita sampai ke lubang cacing kalau kita tak dapat nak langsaikan hutang yang kita pinjam drpd along tu kan? Bukan setakat bayar apa yang kita pinjam je, bunga2 hutang yang tinggi2 tu pun kena bayar sekali. Mana nak cari bro, sis?


Tapi pernah tak kita terfikir, mata, hidung, mulut, kaki, jari, kening dan anggota2 badan yang lain lagi sebenarnya pinjaman kita daripada Allah S.W.T.? Ada kita usaha utk membayar balik pinjaman2 tersebut? Ada ke? Cuba tanya balik diri....kalau ada berapa banyak dah buat? Rasa2nya cukup tak apa yang kita buat tu, dapat bayar balik x semua pinjaman yang tak ternilai itu?


Tapi lambat mana pun kita bayar, ada Allah nak kejar kita? Marah kita? Suruh malaikat2Nya bunuh kita? Ada? X de...lagi Dia Ampunkan kita adalah, lagi Dia berikan Rezeki kepada kita adalah, lagi Dia berikan Kebahagiaan kepada kita adalah.....


     Sedarlah wahai sahabat2ku, teman2ku....
Masih belum terlambat untuk anda tersedar dari tidur yang lena, 
Masih belum terlambat untuk anda menyesali perbuatan anda,
Masih belum terlambat untuk anda memohon keampunan dariNya.

0 comments:

Post a Comment