Monday, November 19, 2012

HADIRKAN NIAT YANG BETUL

Seronok sangat sebenarnya hati ni bila setiap kali buka Facebook, mesti ada post daripada kawan2 pasal SAVE GAZA. It's truly is beautiful to see how people just connect with each other in an issue that involves humanity. Isu pasal Gaza ni sebenarnya bukanlah tertakluk kepada orang yg beragama Islam sahaja. Tapi sebenarnya ia melibatkan semua sekali. To see how far people would go to end this war that literally has done a ludicrous amount of damage not only to properties but to the heart and souls of innocent people.

             But then again, it got me thinking. Betul ke semua org yg post pasal GAZA ni semuanya prihatin terhadap apa yg terjadi kepada saudara Islam kita yg berada di sana? Or is it just an act to get thousands of likes in Facebook?? Or is it because it's the "latest and hottest" news in town?? Bukannya saya nak mempertikaikan keikhlasan seseorang itu, tetapi hanya ingin mengingatkan sahaja. Manusia ni mudah lalai dan mudah sgt tersasur.

             NIAT. Nampak simple tapi sebenarnya payah. Barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah S.W.T. maka dapatlah ia pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang berbunyi "Niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya." Hah, besarkan sebenarnya power NIAT ni? Bunyinya cam comel je...niat...tapi pergh, superpower dia awesome giler!! Tapi kenalah dengan cara yang betul iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredaanNya. Macam satu cerita ni..... ^_^


"Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang sahabat ini sedang mengembara. Bila tiba waktu malam macam biasalah, kena cari tempat tidur. Jadi, mereka bertiga inipun jumpalah satu gua, lalu memasuki gua tersebut. Tiba2 jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutupi pintu masuk gua itu. So, now they are TRAPPED!!! OYA (oh ya Allah). Tanpa merasa sebarang ketakutan, mereka bertiga pun berkata, "Sesungguhnya tidak ada yang dpt menyelamatkan kami daripada batu besar ini melainkan jikalau kami semua berdoa kepada Allah S.W.T. dengan menyebut perbuatan kami yang baik2". Jadi, mereka pun mulalah berdoa.

Seorang daripada mereka itu berkata:" Ya Allah. Saya mempunyai 2 orang tua yang sudah lanjut usia mereka dan saya tidak pernah memberi minuman kepada sesiapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari, amat jauhlah saya pergi mencari daun-daunan utk diberi makan haiwan ternakan. Sebaik sahaja sampai di rumah, saya terus memerah minuman untuk orang tua saya. Apabila saya jumpa mereka, mereka pun telah nyenyak tidur. Saya enggan membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan bangun mereka itu terus-menerus dan gelas itu tetap pula di tangan saya, sehingga fajarpun menyingsinglah. Anak-anak kecil saya pun telah bangun daripada tidur dan menangis kelaparan kepada saya. Namun, saya tetap menunggu kedua2 ibu bapa saya itu bangun drpd tidur. Apabila mereka telah sedar, barulah saya memberikan minuman itu kepada mereka. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar2 mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi dari batu besar yang menutup ini."

            Batu besar itu tiba2 membuka sedikit tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua itu.

Yang lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang sepupu wanita yang amat cantik dan saya amat mencintainya. Saya menginginkan dirinya tetapi dia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun dia memperoleh kesukaran. Dia pun datang ke tempatku, lalu saya memberikan 120 dinar padanya dengan syarat dia bersetubuh denganku. Maka dia pun berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya - sepupuku itu lalu berkata: "Takutlah engkau kepada Allah dan janganlah membuka kemaluan melainkan dengan hak iaitu dengan perkahwinan yang sah." Lalu saya pun meninggalkannya, sedangkan dia adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi ini."

            Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih juga belum dapat keluar dari dalamnya.  

Orang yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh dan semuanya telah kuberikan upahnya masing2 kecuali seorang lelaki. Dia meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan sehingga bertambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari dia datang kepada saya, kemudian berkata: "Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu." Saya berkata:"Semua yang engkau lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu, kambing dan juga hamba sahaya." Dia berkata:"Hai hamba Allah, janganlah engkau memperolok-olokkan aku." Saya menjawab:"Saya tidak memperolok-olokkan engkau." Kemudian orang itu pun mengambil segala yang dimilikinya. Semua digiring dan tidak seekor pun yang ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini."

             Maka batu besar itu lalu membuka lagi dan mereka pun keluar dari gua itu. (Muttafaq'alaih)


 
Dari Abu Hurairah iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim). Wahai rakan2 sekalian, ketahuilah bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati setiap hamba2Nya. Jadi marilah kita bersama-sama ikhlas dan menghadirkan niat yang baik dalam segala perbuatan dan ucapan tidak kisahlah dalam soal mendoakan saudara2 kita yang sedang berjihad di bumi Gaza mahupun soal solat (Sincerity in Solah)

P/S: Doa itu senjata orang mukmin. Usaha yang kecil drpd kita tetapi impak yang besar kepada mereka. Moga mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi olehNya.

0 comments:

Post a Comment