Malam
itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang
teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya
karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang
laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.
Ibu
: Nak, dari mana ?
Pemuda
: Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan
berhenti nanti saya akan pulang.
Ibu
: Oh begitu.. tiada apa-apa!
Kerana
ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk
kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin
larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di
rumahnya
Mendengar
ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan
untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak
perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu
bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu,
sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.
Selang
beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda
tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan
anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa
tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang
semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang
mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si
pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah
kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun
bertanya kepada si pemuda.
Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?
0 comments:
Post a Comment